Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard

 Silent Reader[s]




✿ ATIKAH NARDIA✿


✿HELLO,SELAMAT DATNG KE BLOG YANG TIDAK SEBERAPA INI..KLIK BUTTON FOLLOW OKEY ✿



ღ❤KLIK BUTTON DI BAWAHღ❤

ღ❤My Biographyღ❤
ღ❤ My Stuffღ❤
ღ❤ My Linksღ❤
ღ❤ My Diaryღ❤



Older Post | Newer Post
16 JANGAN DARIPADA USTAZ DON DANIYAL
Sunday, April 8, 2012 | 5:01 PM | 0 Sweet Cupcake

16 JANGAN dari Ustaz Don Daniyal ♥ :

 - JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

 - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

 - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

♥ - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

♥ - JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

♥ - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

♥ - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

♥ - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

♥ - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

♥ - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

♥ - JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

♥ - JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

♥ - JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

♥ - JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

♥ - JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita




SEKADAR UNTUK BERKONGSI =)